Monday, 8 October 2012

Aku nak jadi kakak yang baik..

Bila aku dapat tahu adik lelaki aku dapat sambung belajar kat UiTM,
punyalah gembira..
lagipun aku memang sangat berharap dia dapat sambung belajar sama cam aku..
lebih menggembirakan aku apabila dapat tahu dia dapat UiTM Shah Alam,
tak jauh dari UM tempat aku belajar..
walaupun dekat,tapi aku rasakan jauh je..
sebabnya,kami bukannya ada kenderaan untuk berulang-alik,
Insyaallah,kalau bkesempatan,
adik yang dapat motor bila dah sem 2,
okla,
nanti bolehla dia datang kat tempat aku kan..
tak ada la aku susah2 nak fikir cara macam mana nak pergi kat tempat dia kan..
aku tak perlukan sangat kenderaan,(lesen pun xdak)
hahaha

kami tersangatlah rapat,wlpn beza 2 tahun dan kdg2 dia lg matang drp ak-_-"


wajiblah ade iras,kami kan adik beradik..woohoo


confirmla aku yg lawa,adik ak xensem..ahaha

dia xsuka bergambar tp aku snap jgk gmbr

bad bad quality but it's ok


 Tempoh pengajian adik aku 4 tahun ,
lebih lama daripada aku..
nanti aku la yang kerja dulu ea..haha,jangan jeles k.
jangan melawan ketentuan takdir..
uhuk..uhukk..
Walaupun UiTM ni terkenal dengan yurannya yang murah
tapi kos pembelajaran totap mahal,
tambah2 adik aku punya bidang lebih ke arah arkitek
banyak la peralatan yang nak kena beli,
takpela boboi(nama panggilan dia sejak kecik)
belajar je la,
mungkin agak perit sikit awal2 belajar,
bila dah lama2 akan ok la tu,
satu je msalah adik aku ni,selalu je mrosakkan gambar..aishh

Satu je yang aku paling pantang dengar,
adik aku tak cukup makan,
walaupun aku ni kurus tapi bab2 makan aku memang terlebih cukup,
jadi aku tak berapa suka la kalau adik aku tak makan,
tau la tak nak menyusahkan famili tapi agak2 la,
(hambik sebakul kena bebel ngn aku)
 jadi aku pun mengadu la kat abang aku,
bukan apa,aku nak tolong memanglah tak boleh,
aku pun orang tanggung
punyalah diam sangat adik ak,
langsung tak bagitau yang dia tengah susah,
memangla dia budak lelaki,
kena belajar berdikari
tapi aku kenal adik aku tu,
dia tu budak yang sememangnya budak,
aku tau,niat dia baik tapi tu la..tak boleh buat camtu,
dia mengadu je kat aku,
so mana boleh aku berdiam diri kan?
pada awalnya,ak nak pergi sndri kat tempat dia,
tapi tak tau caranya,
agak rumit jugakla,
naik bas,la LRT..
tapi tu la perancangan awal..
tapi akak dapat tahu,
aku pulak kena bebel..>__<
susah katanya,
ok,last2 abg aku masukkan duit kat akaun dia je..

Tadi tiba2 adik aku cal,
awalnye aku takut jugak,
yela,mana tau dia marah sebab aku bgitau abang ngn mak..
tapi rupa2 sebaliknya
dia bagitau,abang tiba2 cal..mintak no akaun,pastu dah msuk duit..
lpas tu adik aku tanya"ko ade bgtau pape ke kat mak??"
aku"err..xde la,ak cuma bagitau camtu je"
lepas tu dia meluahkan perasaan terpendam dia,
rupanya dia terharu,mak,abg dan aku sangat ambik berat..
petang lepas abis kelas,dia menangis..(budak lelaki menangis,menarik)
aku yang dengar pun ikut sama nk mengalir airmata,
yela,adik aku bukannye jenis yang senang menangis,
mungkin sangat terkesan kot ngn apa yang jadi
tak pela boboi,sekurang2nya ko tau,
kami sayangkan ko,
so nanti,ko jangan lupakan jasa aku okeyhh..
hahaha

Aku sebenarnya nak dia tahu,
aku akan tolong dia setakat termampu.
No hard feeling k,

Aku nak mereka tahu,
aku sayangkan adik beradik aku,
pahit getir yang dilalui bersama pengukuh hubungan kami,
bukan senang untuk kami mencapai cita2 sekarang,
mak sedare yg paling rapat ngn kami,pkai bju kuning tu..yg pkai tdung merah tu  mak sdra gak tp xla srapat maksu,yg bju merah adik bongsu dan yg bju putih tu la abg aku
kami mungkin orang kampung..
yang serba kekurangan,
serba-serbi tak cukup,
namun kami bersyukur,
kami tak pernah merungut,
kami tahu bagaimana susahnya ibubapa kami
membesarkan kami berlima,
malah kami bersyukur dilahirkan di tempat yg dinamakan kampung..
kerana disitula kami mengenal erti berdikari,
kami takkan lupakan jasa mereka 
walau di mana kami berada,
kami memohon agar Allah 
mempermudahkan segala urusan kami,
tetapkan hati kami,
dan jadikan anak2 yang mengenang budi,
malah berikan kami kesempatan untuk 
mengubah keluarga kami ke arah yang lebih baik
aminn Ya Rabbal A'lamin.
ok,sekali lg adik aku merosakkan gmbar..kali ni mk sedare pn join dia
sila terharu ea boboi,dah lama aku xupdate blog neh..to Shazalan Zahiruddin,i dedicate dis post juz for you..
sweet kan ur sis..haha

No comments:

Post a Comment