Saturday, 6 October 2012

Sekadar perkongsian







Dunia komunikasi,
jaringan sosial yang semakin meluas,
menjadi medium perantaraan yang semakin penting dalam kalangan manusia kini
laman sosial yang menjadi penghubung antara satu sama lain,
ada baik dan buruknya,
terpulang kepada diri sendiri untuk memanfaatkannya sebaik mungkin
Terdapat ramai hamba Allah yang menggunakan kemudahan tersebut untuk berdakwah
cuba mengingatkan sesama kaum agar tidak terus hanyut dek arus pemodenan..
pelbagai koleksi ayat2 yang sangat berguna untuk dimanfaatkan bersama,
sekadar perkongsian tatkala menghayatinya,

Sejadah sujudku

Engkau puas mendengar aib saudaramu dibuka dihadapanmu
dan engkau jadikan ia sebagai halwa telinga..
namun sedarkah engkau sedang berkongsi memakan daging saudaramu?
Ingatlah saat engkau menunding jari telunjuk untuk menyalah orang lain,
4 jari lain berpatah balik untuk menunjuk kesalahan pada dirimu..
Engkau sibuk memerhatikan aib orang lain hingga tidak ada masa melihat aib sendiri.
Tidakkan engkau tahu, mencari-cari kesalahan orang lain adalah 
satu cabang dosa besar Al-Kaba'ir?
Firman Allah:Wala Tajassasu
dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain(AL-HUJURAT:12)

Ku pinang kau dengan Bismillah

~kekasih sakit - risau
mak sakit - buat tak tau
hari jadi kekasihnya - diberi hadiah
hari jadi maknya - buat tak tau
kekasihnya belum makan - ditanya
maknya belum makan - tidak pernah ambil tahu
kekasihnya marah - sedih
maknya marah - marah balik

Tetapi Bila Saat Begini:

masa sakit - panggil mak
bila Sedih - cari mak
bila dihina - mengadu dekat mak
mau apa saja - minta dekat mak
bila mak sudah tiada baru nak nangis~



Pada usia 6 tahun - " Mak, saya sayang mak!"
Pada usia 10 tahun - "Mak, apa-apa la"
Pada usia 16 tahun - "Mak saya merimaskan!"
Pada usia 18 tahun - "Saya nak tinggalkan rumah ini!"
Pada usia 25 tahun - "Mak, memang betul cakap mak selama ni~"
Pada usia 30 tahun - "Saya nak pergi rumah mak"
Pada usia 50 tahun - "Saya taknak kehilangan mak!"
Pada usia 70 tahun - "Saya akan lakukan apa sahaja untuk mak berada di sisi saya"

Anda cuma mempunyai SEORANG Mak. Hargai MAK anda~

Pakaia n Yang Kotor Boleh Dicuci ,Hati Yang Suci Sukar Dicari :)


orang yang hatinya bersih
tidak pernah berkeluh-kesah
Tiada kesusahan baginya.
Apa sahaja yang Allah berikan
dia terima dengan redha.

~ ♥ tolong dan tolong ayuh dan ayuh saudaraku jangan tinggalkan membaca AL-QURAN walaupon sehari, bukan kah AL-QURAN itu petunjuk? jdi bgaiman jika kita tinggalkn "petunjuk" sehari? nabi Muhammad S.A.W sndiri sudah mnytkn dlm khutbah terakhirnya (wida') , yang ditinggalkan dua perkara AL-QURAN dan SUNNAH.. jika diikuti nescaya tidak akn sesat selama-lamanya wallahualam... jadi AYUH. sama-samalah istiqamah membaca AL-QURAN .. HAYATI.. insyaALLAH.. moga kita sntiasa dlm petunjuk dan redha ALLAH selalu ♥ ~
~AL-FATIHAH ~

Airmata adalah satu-satunya cara
bagaimana mata berbicara ketika
bibir tidak mampu menjelaskan 
apa yang telah membuatkan 
perasaamu terluka..


Jangan sesekali takut untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita..sesungguhnya untuk kita itu ada..kalau bukan hari ini mungkin esok..Kalau bukan esok mungkin lain kali..walau tidak sempat di dunia sekalipun,mungkin di syurga..Minta dengan Allah..pastinya Allah bagi..InsyaAllah..^_^


Apabila kau suka pada seseorang,atau sayangkan seseorang,
jangan bergantung sepenuh harapanmu pada dia,
tetapi gantunglah harapanmu pada Allah,
kerana Allah yang memegang setiap hati..apabila cinta insani menyentuh hatimu,
jangan sesekali dilupakan cinta ABADI..
niatkanlah cintamu Lillahita'ala..
semoga terjaga dan suci sentiasa dan sentiasa
kembali pada azali insyaAllah..wallahualam..





NASIHAT IMAM AL- GHAZALI...

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah

... mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.



Awak,kalau awak marah saya jangan lama2.nanti saya rindu

kata Najwa> cinta muka buku
kata Rangga>ada apa dengan cinta
kata Radja>benci bilang cinta
kata Agnes Monica>cinta tak ada logika
kata polis>cinta itu sukar ditangkap
kata Ustaz>cinta itu anugerah
kata Doktor>cinta tak dapat diubati
kata Guru>cinta tak boleh dipelajari
kata Hakim>cinta tak boleh dihukum
kata Orang>cinta itu indah
kata
kata Ulama>cinta Allah kekal abadi





PEREMPUAN masa kecil dijaga ibubapa,pabila besar dan dah berkahwin suami yang jaga.
Punya Allah sayang pada kaum Hawa hingga Allah tak bagi mereka bersendirian.


ramai lelaki ucap macam ni kepada saya(perempuan)
"i love u darling"
"saya sayang awak"
"saya cinta awak"
"saya kasihkan awak"

tapi tak ramai yang berani jumpa dengan ayah saya mengatakan
"pakcik, saya nak meminang anak pakcik dan jadikan dia sebagai isteri saya yang HALAL..
#be gentleman,don't afraid..my dad is not a LION but MY DAD is MY "WALI"^_^






awak kena faham,kenapa saya cemburu tengok awak,sebab cemburu tu tandanya sayangkan?
awak kena faham,kenapa kadang2 saya merajuk,sebab saya nak kan perhatian drp awak..
awak kena faham,kenapa saya selalu call dan sms awak,sebab saya rindu kan awak..
awak kena faham,kenapa kadang2 saya marahkan awak,sebab saya nak yang terbaik untuk awak,
awak kena faha,.kenapa saya suak mengadu kat awak,sebab awak lah segalanya bagi saya,



PERINGATAN..
1.JANGAN DINANTI PADA YANG TAK SUDI.
2.JANGAN DIRINDU PADA YANG TIDAK MENGINGATI
3.JANGAN DIKENANG PADA YANG TELAH PERGI..



Mungkin kita dah banyak kali tengok atau dengar ayat2 seperti yang kat atas ni kan,
tapi pernah tak kita mengambil iktibar atau renungan melalui kata2 tersebut
Saya merenungi diri sendiri,
kenapa perlu melihat kepada orang lain sedangkan diri sendiri masih perlu dibaiki,
bukan niat mahu berlagak alim,
namun realiti kehidupan,
dibuat baik belum tentu dibalas baik,
betul tak??





Catatan:Diperoleh daripada sumber-sumber daripada laman sosial.

No comments:

Post a Comment