Monday 31 March 2014

tarikh itu


16/3/2014

Permulaan segala cerita
Dia dan aku dipertemukan tanpa sedar
perasaan yang sukar digambarkan
apakah?
Kaku,
ungkapan terbaik buatku dan dia
debaran yang tidak dijangka
daripada yang tidak disangka
kakak
pengarah utama
kami peserta


23/3/2014

'Whatssap'
jadi penghubung
perkenalan terus disemai
sedikit demi sedikit
benarkah?

Alamanda
sedekat yang mungkin
secepat yang mungkin
mengharap masa cepat berlalu
entah dari mana datangnya keberanian
mencipta janji perkenalan seterusnya
kaku
masih kaku

30/3/2014

kl sentral
pertemuan dijanji
kesanggupan dia menanti
dan terus menanti
kejamkah aku membiarkan dia sebegitu?
maaf,bukan dipinta..
kesulitan datang tanpa diundang
hanya kesabaran yang menjadi teman.
takut dan gementar
jauh disudut hati
benarkah keputusan yang diambil?
kenapa hati ingin mengenalinya lagi?
sedangkan hati sudah lama tertutup?
mungkinkah?
peluang
aku memberi peluang
untuk diri dan dia
mid valley
berjalan tanpa henti
segan,
sungguh aku segan
tapi tenang yang aku tunjukkan
perjalanan yang jauh
aku dan dia
kota puteri destinasi dituju
perjalanan yang dekat terasa bagaikan panjang
luahan keikhlasan hati
darinya
setia mendengar dalam hembusan nafas yang tidak cukup
apakah perasaan ini?
takut
benar aku takut
namun jauh dibenak hati
aku sebenarnya senyum
senyum yang sudah lama hilang
dicungkil kembali
kejutan
awal
kenapa?
sukar menerima namun sampai hatikah aku menolak
kuterima dengan hati yang berat
tiada terduga
kesungguhannya,menyentuh hati
yang lama dahagakan perhatian 
terima kasih 
untuk itu


31/3/2014

Enggan mengakui
dalam diam,ku masih memberi peluang untuknya
kl sentral,penjanjian dimeterai
kakak,
terima kasih sekali lagi
'blueberry cheesecake'
kuhias dengan tenang
mahu dijadikan balasan
tanpa dirancang
debaran demi debaran
hari penentu
dia dan aku
luahan yang ingin kudengari 
sungguhpun aku tidak punya kekuatan untuk menerimanya
dia
ungkapan keramat
yang tidak pernah kuterima
diucapkan dalam hembusan keberanian
tersentuh
dia tidak memaksa
biar masa yang menentukan
declared?atau declaired?
typo
tatkala gelabah




Segalanya
aku dan dia
aku mengharap yang terbaik
walaupun tidak memberi harapan
dia memahami
takut untuk merancang
kerana bimbang tidak terlaksana
ku cuba
dia berusaha
terima kasih

MKF/SR


2014

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..setelah sekian lama blog ini terkubur sementara.
Kembalinya daku,mencoret titipan tidak seberapa.
Tahun 2014,
tahun baru yang berubah dengan sekelip mata.
Aku,
kembali menuntut ilmu.
mencari jalan haluan hidup
yang masih terkapai-kapai

Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
jadi pilihan.
sarjana yang diharap
bidang pendidikan yang tidak pernah termimpi
bukan tidak sudi 'bersarjana'di Universiti Malaya
namun,cukuplah 3 tahun keberadaan di sana
kini,mencuba haluan baru di UKM

Pelbagai cabaran
tetap perlu ditempuhi
tidak kira masa,tempat, atau keadaan
terpulang pada diri untuk memikirkan cara bagaimana untuk menghadapinya
dan menyelesaikannya.

Semoga terus berusaha
mencapai impian hidup
in shaa allah
moga dipermudahkan.
aminn..

1/4/2014
Selasa