Hari-hari terakhir
Meniti hari-hari terakhir sebagai mahasiswa UM..
(perasaan?)
sedih dan dalam masa yang sama tidak sangka masa memang cepat berlalu.
Banyak kenangan yang diperoleh sepanjang berada di UM.
Ada sesetengahnya sukar diungkapkan dengan kata-kata.(senyum)
Hari ni 17 Jun 2013..minggu peperiksaan bagi semua mahasiswa UM.
Satu kertas dah selesai( 13/6/13),tinggal lagi 3 kertas.(sikitnye)
Haruslah,semester terakhir ni memang sengaja ambil kursus yang tiada peperiksaan.(jeles)
Lepas habis peperiksaan, perlu buat praktikal. Tempat praktikal yang telah dipilih.....College of Islamic Studies di Prince of Songkla. Pada awalnya tempat tu tak confirm lagi sebab masih ada 3 pilihan(tawaran) iaitu pejabat tanah, pejabat setiausaha Kelantan(SUK), dan Sekolah rendah swasta. Niat di hati memang nak tarik diri dari pergi Thai(memikirkan pelbagai risiko) tapi entah macam mana, tak sampai hati nak kecewakan usaha rakan2 Singapura yang bertungkus-lumus membuat permohonan ke sana memandangkan seorang demi seorang sahabat dari Malaysia yang tarik diri last minit.(tinggallah 2 orang pelajar Malaysia yang pergi).
Cuti studyweek, peluang diambil untuk balik kampung bertemu mata dengan keluarga tercinta memandangkan dah tiada masa untuk balik. Habis exam 25 Jun, berangkat ke Thai 29 Jun tapi banyak persiapan yang perlu dibuat. Memindahkan semua barang dari kolej kediaman(dah tak duduk kolej lagi,3 tahun setia di Kolej Kediaman Za'ba)ke rumah kakak lagi, urusan ke Thai.....oleh itu, masa studyweek la masanya. Macam2 dah dibuat masa kat Kelantan terutamanya pergi mandi sungai kat Jeram Linang.(permintaan kat mak,nasib baik mak ok). Paling tidak disangka bila dapat tahu kakak dan abang ipar balik kampung secara tiba2(sepatutnya balik bulan puasa). Melompat kegirangan la jawabnya.Meriah rumah dengan kehadiran anak2 saudara yang aktif lagi nakal.
Berikutan niat nak buat LI di Thai, mak dan kakak sudah dimaklumkan terlebih awal namun waktu tu mereka diberitahu bahawa masih dalam perancangan. Tapi bila dah buat passport bagai, kakak mula menyoal. Mak hanya setuju tapi akak tu....(T_T)..Kakak mula resah(memandangkan dah nak mendekati tarikh pergi kan),dia terus tanya, "serius ke nak pergi?","dah tak ade tempat kat sini?","bahaya"..macam2 lagi la..Disebabkan malas nak bertekak,mendiamkan diri sahaja. Lambat laun dia ok la tu.Maaf kak, bukan degil tapi..tapi..susah nak jelaskan...
Walau apa pun, semua dokumen sudah hampir lengkap..tajaan pun dah dapat,tunggu pergi sahaja. Doakan je la yang terbaik. Risau memanjang takkan mengubah pape.
Cuma mengharap yang terbaik di sana. Harap dapat menyesuaikan diri.
Bersedia fizikal dan mental dengan sebarang kemungkinan dan cabaran.
Semoga Allah merahmati niat baik kami untuk mengajar Bahasa Melayu di sana.
Insyaallah.
شركة تنظيف خزانات بالدمام
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بعنك