6/7/2013(Sabtu)
Hatyai
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hatyai bermula jam 9.30 malam dan tiba di Hatyai pada jam 11.00 pagi. Kami memilih untuk menaiki kereta api iaitu di bahagian yang menyediakan katil. Sebelum nak kerata api, anda dinasihatkan untuk membeli makanan atau air untuk dijadikan bekalan sebab minuman yang dijual dalam kereta api tersangatlah mahal.Normal la tu kan. Sebelum melepasi sempadan, kereta api akan berhenti di Padang Besar. Masa tu la kami perlu cop pasport kami. Lepas dah selesai, perjalanan diteruskan. Tiba di stesen Hatyai, kami menunggu orang yang akan menguruskan kami iaitu prof Nik, seorang pensyarah di university Prince Of Songkla. Memandangkan ahli kami masih tidak mencukupi iaitu dua orang kerana masalah pasport di Malaysia jadi tinggal kami berlima yang menyusul terlebih dahulu. Kami diberi pilihan untuk ke Pattani terus atau tinggal dulu sehari di Hatyai. Kami memilih untuk tinggal di Hatyai untuk sehari dan memilih hotel di tengah2 Hatyai. Sehari perlu bayar RM50 lebih. Di Hatyai, tidak susah untuk memperoleh makanan halal kerana terdapat ramai orang Muslim di sini. Kami ke Lee Garden iaitu sebuah pasar raya di tengah2 Hatyai. Kami membeli kad sim Thai untuk digunakan sepanjang berada di Thai memandangkan kad sim malaysia tidak boleh digunakan disini. Di Hatyai, makanan2 yang dijual agak mahal jadi anda dinasihatkan untuk berjimat-cermat jika ingin meneruskan lagi perjalanan seperti kami. Hari yang agak memenatkan. Kami mengambil peluang untuk berehat di hotel sebelum ke Pattani pada keesokkan harinya.
Antara kami berlima, aku la yang bawa beg yang paling kecil dan sedikit. Diorang dah perli2 kata, "Salwa cam budak lelaki,bawak barang sikit2"..hahaha...Niat di hati memang nak bawa banyak barang tapi masa kat Malaysia, kakak dah nasihat awal2.."tak payahla bawak barang banyak,nanti susah ko nak angkut nanti".. memang betul sangat susah kalau bawak barang banyak. Tengok je kawan2 yang angkut beg,seksa2.. tapi bagi yang bawa barang sikit memang akan merana dikemudian hari la jawabnya contohnya aku.. huwarghhh..banyak benda tak cukup,itula..inilah..stressss!!..
Setiap hari,setiap tempat, dan setiap masa ada kisahnya......just wait...i'll write whatever story i here soon.
No comments:
Post a Comment