Tuesday, 18 June 2013

Belalang hijau atau?


Pernah terserempak dengan belalang hijau?Terutamanya kat rumah?Tidak?Pernah?Haaaa..
Ni ada sedikit kisah aku dengan belalang..eh,hehe..

Mengikut kepercayaan orang dahulu,belalang hijau dikaitkan dengan makhluk halus iaitu pelesit. Pelesit merupakan gelaran kepada makhlus halus yang menjadi 'peliharaan atau belaan' manusia. Kebiasaannya, pelesit 'dibela' atas kepentingan tertentu. Namun,ada juga berpendapat bahawa pelesit digunakan untuk menganiaya orang lain.(wallahualam).

Masyarakat dahulu percaya bahawa pelesit menjelma dalam bentuk belalang hijau.(entah betul ke tidak).
Orang dahulu(kini pun mungkin) percaya, jika ada belalang hijau muncul di dalam rumah secara tiba2 bermakna ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Mereka juga percaya bahawa makhluk tersebut cuba 'mengintai' atau istilah lainnya, memerhati mangsa yang ingin disasarkan. Ini bermakna bahawa mangsa tersebut dalam pemerhatian atau belalang tersebut boleh dianggap tanda seseorang telah cuba menghantar benda yang tidak baik kepadanya. 

Membunuh belalang tersebut bukan cara yang terbaik untuk diambil. (apa kata, ambik belalang tu lepas tu buat belalang goreng kunyit?hahaha). Orang kata, membunuh belalang tersebut boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari(orang kata lah) maka dengan kata lain tak perlulah bunuh belalang tersebut sebaliknya usirlah keluar dari rumah. Lakukan sembahyang hajat, minta perlindungan daripada Allah SWT daripada benda2 yang tidak baik.

Percaya atau tidak?

Sebenarnya zaman2 moden ni, tak semua orang peduli semua tu namun hakikatnya percaya atau tidak(tahyul ke mahyul) tapi itulah hakikatnya. Walau apapun, jangan terlalu taksub sehingga mendorong kearah khurafat sebaliknya mohon perlindungan dan pertolongan daripada Allah yang maha Kuasa.


Kisah di rumah.


Berlaku pada cuti  studyweek baru2 ni, aku balik kampung la. Hampir 10 hari aku berseronok kat kampung(kemain lagi,exam entah ke mana). Awal 3 hari tiba2 kakak telefon, nak balik katanya. Dalam hati aku, "kacau daun je akak aku ni,jeles tengok aku bermaharajalela kat rumah la tu". Pada awalnya, agak pelik sebab tiba2 dia dengan suami tiba2 nak balik kan lagipun suami akak tu ada bengkel. (takkan tinggal macam tu je). Kakak cuma bagitau yang suami dia yang tiba2 nak balik,dia sendiri tak sangka sebab kebiasaannya suami dia jenis yang susah untuk diajak balik kampung akak. Kereta tak banyak katanya. (pelik).

Setahu aku, bengkel abang ipar merupakan bengkel yang agak terkenal dalam kalangan mat2 kereta yang ingin kereta mereka diubahsuai sehingga boleh dibawa berlumba di litar sepang(ok,ni menambah je). Tapi lebih kurang macam tu la, memang bengkel dia agak dikenali. Mustahil tak ada kereta kan.

Sebenarnya, bengkel abang ipar dah pernah dianiaya orang mengikut cara halus. Normal la tu, orang Melayu ni memang pantang tengok orang lain berjaya lepas tu cemburu lepas tu..faham2 je la. Hakikatnya itulah yang berlaku keatas bengkel abang ipar yang tak bersalah tu. Kenapa aku kata macam tu? sebabb..abang ipar aku tu jenis yang lurus bendul, orang berhutang beribu2 pun dia tak kisah sebab dia selalu fikirkan,"ala..tak ape la,kawan pun.." Pernah sekali, si isteri bengang sebab si penghutang tak bayar2 hutang hampir berbulan2. Apa yang dia buat?Ambil hp si suami lalu dengan segala hormatnya dimesej si penghutang minta dibayar hutangnya. Kalau nak harapkan si suami, memang tak minta la jawabnya.(memandangkan bininya lagi brutal daripada suami).

Berbalik kepada cerita asal, nak dijadikan cerita..3 hari terakhir sebelum balik..kakak terserempak dengan belalang hijau tu kat dalam bilik mereka tidur(ada abang ipar). Kebetulan atau tidak tu tak pasti la. Kakak pun ambil belalang hijau lalu tunjuk kat mak..aku dengan selamba je cakap,"buang kat luar je binatang tu".Tiba2 mak bagitau, meremang tiba2 bulu roma.(aku pun tapi diamkan sebab tak nak akak fikir bukan2)

Malam keesokkan harinya, jumpa belalang lagi tapi kali ni kat ruang tamu. Dengan kebetulannya, kat ruang tamu tu ada abang ipar yang tengah layan cerita. (dia memang buat tak tahu je, orang lelaki..hampir semua macam tu..bini je yang bagi perhatian lebih..betul tak?tapi tak semua la..abang ipar aku tu cuma satu contoh).
Yang sadisnya, bila aku cuba nak tengok belalang tu tiba2 tengok belalang tu dah kojol..kakak aku pergi sembur Baygon daa...sengal bin ngek la kakak aku ni,kalau aku ada memang aku halang la dia buat macam tu tapi dah terlambat. Kakak aku mula pelik sebab belalang hijau tu selalu muncul dekat dengan suami dia dia sudah mula musykil). Masa belalang tu tengah bertarung nyawa mencari2 oksigen(tapi mati jugak), anak kakak aku yang umur 2 tahun (Pia) lebih ni tengok lalu pergi dekat belalang tu sambil cakap dengan nada pelatnya,"ambik,ambik...tu..tu..".Kami tengok je sebab fikirkan bukannya pape pun.

Keesokkan harinya, dalam jam 5 pagi Pia menangis macam kena histeria. Masa tu aku tengah lena mengulit awan2 mimpi la tapi tangisan Pia yang mengalahkan speker volume maximum membuat aku terbangun. Bukak je mata, tengok kakak dan mak ada kat sebelah katil aku sambil menenangkan Pia. Tengah serius berbincang tanpa menghiraukan aku yang masih terkebil2 mencari jawapan. Rupanya, badan Pia dah merah2 sebab kegatalan. Pia menangis sebab tak tahan dengan gatal. Kesian, sebab Pia yang budak kecik lagi. Menangis semahu2nya.Sampai dah tak ada suara. Kakak dah panik. Mak cuba sapu badan Pia menggunakan air tawar(air yang telah disembahyang hajatkan bukan dari bomoh k). Lepas tu aku sambung tidur(hehe). Pagi esokknya, tengok Pia terbaring kat ruangtamu. Tak tidur kat bilik dengan abang dan ayahnya. Kesian Pia, berpampers je.

(Pagi tu, aku dah bertolak balik ke KL untuk menghadapi exam)

Aku mendapat tahu kakak telah membawa anaknya dan suaminya(yang dikatakan punca utama) berjumpa ustaz. Kebetulan, ustaz tu cakap Pia kena tempias daripada 'benda' yang dihantar kepada suaminya(wallahualam). Memang ada orang berniat tidak baik pada abang ipar(aku mula terfikir pada bengkelnya yang semakin kurang pelanggannya,kebetulan kot). Orangnya tak lain tak bukan berniat nak tutup periuk nasi abang ipar. Lepas tu aku dah tak tahu pape, macam tu je la. Bukan nak percaya benda2 tahyul, tapi semakin moden kehidupan kita semakin ramai yang menggunakan khidmat bomoh2. Makhluk halus atau syaitan sebenarnya digunakan untuk menyesatkan umat manusia. Tapi, ada juga  yang kepercayaanya menjadi khurafat sebab berubat dengan cara yang salah(yang menganiaya tu memang confim la imannya kurang). Kita hanya boleh berikhtiar selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Moralnya, berhati2 dan ingat Allah selalu.
(rajin bercerita hari ni)

Semua yang terjadi semua atas kehendak Allah ,jika Allah mengkehendakinya maka terjadilah ia.
Wallahualam.
Wassalam.



Monday, 17 June 2013

Hari-hari terakhir 


Assalamualaikum w.b.t..

Meniti hari-hari terakhir sebagai mahasiswa UM..
(perasaan?)
sedih dan dalam masa yang sama tidak sangka masa memang cepat berlalu.
Banyak kenangan yang diperoleh sepanjang berada di UM.
Ada sesetengahnya sukar diungkapkan dengan kata-kata.(senyum)
Hari ni 17 Jun 2013..minggu peperiksaan bagi semua mahasiswa UM.
Satu kertas dah selesai( 13/6/13),tinggal lagi 3 kertas.(sikitnye)
Haruslah,semester terakhir ni memang sengaja ambil kursus yang tiada peperiksaan.(jeles)

Lepas habis peperiksaan, perlu buat praktikal. Tempat praktikal yang telah dipilih.....College of Islamic Studies di Prince of Songkla. Pada awalnya tempat tu tak confirm lagi sebab masih ada 3 pilihan(tawaran) iaitu pejabat tanah, pejabat setiausaha Kelantan(SUK), dan Sekolah rendah swasta. Niat di hati memang nak tarik diri dari pergi Thai(memikirkan pelbagai risiko) tapi entah macam mana, tak sampai hati nak kecewakan usaha rakan2 Singapura yang bertungkus-lumus membuat permohonan ke sana memandangkan seorang demi seorang sahabat dari Malaysia yang tarik diri last minit.(tinggallah 2 orang pelajar Malaysia yang pergi).

Cuti studyweek, peluang diambil untuk balik kampung bertemu mata dengan keluarga tercinta memandangkan dah tiada masa untuk balik. Habis exam 25 Jun, berangkat ke Thai 29 Jun tapi banyak persiapan yang perlu dibuat. Memindahkan semua barang dari kolej kediaman(dah tak duduk kolej lagi,3 tahun setia di Kolej Kediaman Za'ba)ke rumah kakak lagi, urusan ke Thai.....oleh itu, masa studyweek la masanya. Macam2 dah dibuat masa kat Kelantan terutamanya pergi mandi sungai kat Jeram Linang.(permintaan kat mak,nasib baik mak ok).  Paling tidak disangka bila dapat tahu kakak dan abang ipar balik kampung secara tiba2(sepatutnya balik bulan puasa). Melompat kegirangan la jawabnya.Meriah rumah dengan kehadiran anak2 saudara yang aktif lagi nakal. 

Berikutan niat nak buat LI di Thai, mak dan kakak sudah dimaklumkan terlebih awal namun waktu tu mereka diberitahu bahawa masih dalam perancangan. Tapi bila dah buat passport bagai, kakak mula menyoal. Mak hanya setuju tapi akak tu....(T_T)..Kakak mula resah(memandangkan dah nak mendekati tarikh pergi kan),dia terus tanya, "serius ke nak pergi?","dah tak ade tempat kat sini?","bahaya"..macam2 lagi la..Disebabkan malas nak bertekak,mendiamkan diri sahaja. Lambat laun dia ok la tu.Maaf kak, bukan degil tapi..tapi..susah nak jelaskan...
Walau apa pun, semua dokumen sudah hampir lengkap..tajaan pun dah dapat,tunggu pergi sahaja. Doakan je la yang terbaik. Risau memanjang takkan mengubah pape. 
Cuma mengharap yang terbaik di sana. Harap dapat menyesuaikan diri. 
Bersedia fizikal dan mental dengan sebarang kemungkinan dan cabaran.
Semoga Allah merahmati niat baik kami untuk mengajar Bahasa Melayu di sana.
Insyaallah.