Bismillahirahmanirahim..
Bila hati terasa tenang,
tangan mula gatal untuk 'mengupdate'blog..
kebetulan 'wifi agak ok..
entri kali ni sememangnya mengenai Nasyid Feseni UM 2012
baru sahaja selesai semalam,
Alhamdulillah..kami bersyukur ke hadrat Ilahi,
kali ini kami diberi rezeki yang sangat mengejutkan..
kami tidak mampu nak berkata-kata,
terkedu,tergamam,dan sebak..
ada juga yang terkelu dan seakan tidak percaya dengan kejayaan semalam.
tidak terkecuali juga diri ini..
mulut dan hati kami tidak putus2 melafazkan kalimah syukur padaNya..
usaha kami selama ini berbaloi,
sememangnya pelbagai rintangan yang kami hadapi,
alhamdulillah,kami tabah jua.
Benar seperti apa yang dikatakan,
FESENI kali ini penuh dengan kejutan dan unik..
kesemua kumpulan nasyid setiap kolej berentap dengan bersungguh2
setiap kolej dengan kekuatan masing2,
tidak dapat dinafikan kehebatan yang ditunjukkan,
anda semua sememangnya hebat.
Sekalung tahniah diucapkan..^_^
Ya Allah Ya Rabbi..kami bersyukur pada-Mu..
Perjalanan kami sebagai kumpulan Az-Zahran(AZ)penuh dengan pahit dan manis..
tahun ini merupakan tahun kedua penubuhan AZ,
kami masih baru dan mentah...
banyak kekurangan berbanding kelebihan,
namun usaha dan semangat telah mendorong kami untuk terus maju.
Krisis yang timbul mematangkan kami,
dipandang sinis namun kami tetap sabar,
alhamdulillah,tidak sia2 kami merendah diri selama ini.
Pada awalnya,kami telah nekad untuk bersama2 menghadapi apa jua rintangan dan cabaran,
kami bersepakat untuk menyelesaikan setiap masalah bersama2..
Kami sebagai senior2 AZ sangat kagum dengan junior2 kami..
kami bersyukur dengan mereka yang sudi menjadi famili kami..
alhamdulillah ya Allah..
Walau apa pun yang telah berlaku,
kami tetap bersatu,
kami tidak mudah goyah dan melatah..
apa2 yang berlaku ada hikmahnya tersendiri,
usah dikenang kerana kami boleh menerimanya dengan ikhlas.
tiada dendam atau terasa dihati kami harapkan diantara kami..
buktinya,kejayan semalam saksi kami..
saksi kami bersatu,
saksi kami bersabar,
saksi kami bersemangat.
Terasa persediaan ke FESENI kali sangat sekejap,
tidak seperti tahun lepas,terasa masa yang sangat lama untuk berlatih..
mungkinkah sebab kami yang senior2 sahaja yang merasakan sedemikian?
sepanjang sesi latihan kali ni sangat berbeza..
kami memohon seribu keampunan kepada tenaga2 pengajar kami
andainya kami banyak main2
namun disebalik main2 dan gelak tawa kami tetap memberikan yang terbaik walaupun semasa latihan
ikhlas untuk tenaga2 pengajar kami,
En Qhairol Nizam Abu Bakar,Ustaz Mujahiddin Syahid,En Amirul,En Fauzi,
dan lain2 yang terlibat sama ada secara tidak langsung atau tidak langsung..
tidak dilupa juga pada En Taufik Nordin yang pernah datang menjenguk dan memberi komen2 yang membina kepada kami..segala ilmu yang dikongsikan amat berguna kepada kami semua..
tidak dilupa juga pada En Taufik Nordin yang pernah datang menjenguk dan memberi komen2 yang membina kepada kami..segala ilmu yang dikongsikan amat berguna kepada kami semua..
Maafkan kami,andai kami pernah mengguris hati,
maafkan kami seandainya kami terlalu banyak ragam
maafkan kami seandainya kami terlepas cakap
maafkan kami kerana lambat belajar
maafkan kami andai banyak terlepas latihan
maafkan kami kerana tidak menepati masa
dan maafkan kami kerana kami telah banyak menyusahkan anda..
AIRMATA KEMENANGAN MENITIS TIDAK MAMPU DIRAIH TANPA TENAGA2 PENGAJAR KAMI...
Sungguhpun begitu,kami telah berjanji sesama kami,
kami akan buat yang terbaik setimpal dengan kekurangan yang telah kami lakukan..
Alhamdulillah,kami berjaya buktikannya..
Sesi latihan kali terakhir bersama ustaz Muja antara penyuntik semangat kami..
melihat ekspresi cikgu dan ustaz Muja yang senyum dan menghayati alunan
nasyid daripada kami menguatkan semangat kami semua..
terima kasih cikgu,
terima kasih ustaz..
terima kasih en Fauzi..
YA ALLAH,PERASAAN INI UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI..
Terharu dengan semangat tenaga2 pengajar kami yang tidak jemu2 membetulkan kami
mengharap kami mampu melakukan yang terbaik,
masa dan tenaga yang dikorbankan oleh mereka sangat berharga dan tidak ternilai..
ungkapan terima kasih tidak mampu membalas segala yang telah diberi..
ilmu dan semangat anda akan kami simpan dalam diri kami..
akan terus mekar,
dan diaplikasikan sepanjang hidup kami,
semoga terus diabadikan daripada generasi ke generasi..
TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA MEMBERIKAN KAMI TENAGA PENGAJAR YANG TERBAIK..
Jujur kami akui,
siapalah kami..
apa yang ada pada kami..
kami hanyalah insan biasa,yang banyak kekurangan..
kami sering menjadi 'bualan belakang'.
namun kami pekakkan telinga,
Allah maha Mengetahui..
kami cuba berprasangka baik dan terus ikhlas,
kami diajar untuk tidak memandang rendah pada yang lain..
menghormati sesama sendiri menjadi amalan kami.
biarlah apa yang nak dikata,
biarlah apa yang mereka tanya,
biarlah mereka memandang rendah..
kami tetap senyum dan terus tersenyum..
teringat kata2 Rahman semalam,lebih kurang la kot..
"kalau Allah nak bagi rezeki tetap akan akan kita dapat walaupun seribu orang yang tidak menyukainya,
begitu juga sebaliknya,kalau seribu orang inginkan seseorang menderita namun jika Allah tidak mengizinkannya ia tetap tidak akan terjadi" *betulkan saya andai tersalah..^_^
Mungkin dalam hati kita akan terdetik juga kata2,
'biar betul kita menang"
"salah umum kot.."
"macam mimpi je"
normal la tu,haha..sejarah kot 7th menang untuk nasyid ni..
kita renung dalam2 dan tengok daripada pelbagai sudut..
ada berpendapat kemungkinan kesepaduan suara..lelaki dan perempuan,
mungkin juri nak kelainan tahun ni,
lagi satu faktor lagu,
terus terang saya cakap lagu kita memang betul2 moden dan tradisi..
walaupun syarat lagu bebas tapi kita telah memilih lagu yang betul2 tradisi dan moden.
nampak perbezaan yang sangat ketara dalam persembahan kita..
terima kasihla kat Rahman sebab bawak kedua2 lagu dengan penuh feel..
jelas terasa menusuk dijiwa bila Rahman nyanyi dengan penuh perasaan..
Ucapan sekalung terima kasih buat teknikal 7th yang telah berkerjasama dengan kami..
anda semua banyak membantu kami sepanjang persembahan..
tanpa teknikal 7th,kami tidak mungkin bergemerlapan di pentas DTC..
terima kasih kerana telah sabar melayan karenah kami sepanjang malam tersebut..
sememangnya ucapan terima kasih tidak mampu membalas jasa baik teknikal 7th..
kejayaan kami merupakan berkat bantuan anda jua..
terima kasih kerana sudi membantu kami sepanjang malam tersebut..
terima kasih Rani,Hanif,dan yang lain2..anda memang hebat..
terima kasih daun keladi..
jasa anda kami hargai..^_^
Mungkin dalam hati kita akan terdetik juga kata2,
'biar betul kita menang"
"salah umum kot.."
"macam mimpi je"
normal la tu,haha..sejarah kot 7th menang untuk nasyid ni..
kita renung dalam2 dan tengok daripada pelbagai sudut..
ada berpendapat kemungkinan kesepaduan suara..lelaki dan perempuan,
mungkin juri nak kelainan tahun ni,
lagi satu faktor lagu,
terus terang saya cakap lagu kita memang betul2 moden dan tradisi..
walaupun syarat lagu bebas tapi kita telah memilih lagu yang betul2 tradisi dan moden.
nampak perbezaan yang sangat ketara dalam persembahan kita..
terima kasihla kat Rahman sebab bawak kedua2 lagu dengan penuh feel..
jelas terasa menusuk dijiwa bila Rahman nyanyi dengan penuh perasaan..
Ucapan sekalung terima kasih buat teknikal 7th yang telah berkerjasama dengan kami..
anda semua banyak membantu kami sepanjang persembahan..
tanpa teknikal 7th,kami tidak mungkin bergemerlapan di pentas DTC..
terima kasih kerana telah sabar melayan karenah kami sepanjang malam tersebut..
sememangnya ucapan terima kasih tidak mampu membalas jasa baik teknikal 7th..
kejayaan kami merupakan berkat bantuan anda jua..
terima kasih kerana sudi membantu kami sepanjang malam tersebut..
terima kasih Rani,Hanif,dan yang lain2..anda memang hebat..
terima kasih daun keladi..
jasa anda kami hargai..^_^
Sejujurnya,saya suka perkataan famili dalam sesebuah kumpulan..
ia akan merapatkan lagi hubungan sesama sendiri,
ia tidak terikat dengan ungkapan 'famili' sahaja namun perlu diaplikasi sepenuhnya,
ia bukan hipokrit namun famili itu memberi aura yang kuat untuk terus kekal bersama.
berfikirlah positif,*saya bahagia dengan famili Az saya..
famili Az kali ni adalah yang terbaik bagi saya,
kepenatan teruji namun lenyap semasa bersama Az
susah senang dikongsi bersama..
suka dan duka kami tempuhi bersama..
terima kasih tidak terhingga buat Az
harap perhubungan ini terus kekal..insyaAllah..
Semoga kejayaan semalam tidak mengaburkan mata kami,
izinkan kami terus dengan tujuan asal kami Ya Allah..
janganlah kita terlalu bangga dengan kejayaan itu,
janganlah kita bermegah2
janganlah kita sombong
janganlah kita takbur.
anggaplah kemenangan itu adalah rezeki Allah kepada kita untuk terus berdakwah ke jalan yang diredhaiNya..
benar,pertandingan tetap pertandingan namun kita tidak seharusnya alpa..
janganlah jadi seperti yang kita pernah lihat..
semasa berjaya terus melambung2 namun bila gagal mula mengeluarkan kata2 yang tidak pernah
diungkapkan semasa menempa kejayaan..renung2kan lah..
hati manusia siapa yang tahu..
rambut sama hitam,tapi hati lain2..
Andai perjalananku akan berakhir,
seribu kemaafan kupohon,
kejayaan semalam melegakan hati ini,
tenang bagai air di sungai..
kenangan ini akan ku simpan,
ku abadikan sampai bila2..
terima kasih,terima kasih dan terima kasih..
saya sayang Az..ikhlas dari hati naif ini..
Akhir kata daripada saya,
SEKALUNG TAHNIAH BUAT AZ-ZAHRAN YANG MEWAKILI KOLEJ KEDIAMAN KETUJUH(ZA'BA)..tahniah buat cikgu QHAIROL NIZAM..
anda semua sememangnya hebat..
terima kasih
Rahman,Ola,Daus,Munzir,Atiq,Hazwan,Lina,Dila,Faezh,Kahar,Azrul,Pijah,Ina,Aten,dan Mira..
Khas untuk Mira,anda PENGURUS terbaik..terima kasih Mira..^_^
terima kasih
Rahman,Ola,Daus,Munzir,Atiq,Hazwan,Lina,Dila,Faezh,Kahar,Azrul,Pijah,Ina,Aten,dan Mira..
Khas untuk Mira,anda PENGURUS terbaik..terima kasih Mira..^_^
teruskan perjuangan
teruskan merendah diri dalam apa jua bidang..
AZ-ZAHRAN,
dengan pengetua kolej..gambar xready sbnrnya ni,haha |
malam 'full dress' |
berentap di pentas FESENI 2012 |
untuk teknikal xnak ucap apa2..penat main lighting..rakam..tangkap gambar..hehe:)
ReplyDeletedah ada ucapan khas pn,thanks sb igtkan ak ea adik azrul..^_^
ReplyDelete