Dengar tajuk cam biasa2 je kan..
memang biasa2 je,
bukan nak mengulas tentang sakit kepala,
yang tu korang boleh cari sendiri kat internet
aku pun bukannya pakar nak jelaskan apa tu sakit kepala.
Ok,sebut pasal sakit kepala..
lazimnya setiap orang mengalami sakit kepala.
tipula kalau tak pernah sakit kepala..melainkan korang tu hantu atau robot.
sakit kepala boleh terjadi oleh pelbagai faktor.
Sebagai contoh yang lazimnya faktor persekitaran,kesihatan,pemakanan,dan sebagainya.
Bagi pelajar,sakit kepala ni bagaikan lumrah..
datang tak dijemput,pergi dialu-alukan..
biasala,kadang2 stres dengan assigment yang berlambak2,formula yang segala bagai..uishhh..tension2..
nak2 lagi kalau dekat2 exam..makin dasyat lagi tekanannya.
bila nak study,sakit kepala mula la menyerang..
kadang2 terasa cam kepala dipijak2,diketuk,dan dismash pn ada..
Jangan tension2 kalau sakit kepala menyerang,
aku nak kongsi tip yang pasti akan membuatkan korang berterima kasih kat aku,
yang pasti segala yang dibuat telah diuji dan terbukti keberkesanannya.
pesanan awal,segala yang dilakukan adalah dibawah tanggungjawab sendiri,
aku tak berkaitan k,hihi...
ni sekadar cadangan yang keluar daripada celah otak aku yang tengah pening jugak ni..
Tip 1
Ambik minyak cap kapak dan sapu dikepala,(aku ambik minyak cap kapak sebagai contoh sebab minayk ni yang paling popular)
xberkesan?jangan risau,tak habis lagi penjelasannya,
lagi terbaik sekiranya minyak cap kapak tersebut disapukan diubun2 kepala dan
dibiarkan seketika,lepas tu korang akan rasa cam kepala korang diletakkan di dalam peti ais tingkat atas sekali..nyaman jek..xbkesan jugak?minum je minyak cap kapak tu,k..selamat mencuba..
Tip 2
Sakit kepala boleh dikurangkan kalau korang mandi.
Tak percaya?aku pun tak percaya jugak,hoho..
sakit kepala biasanya disebabkan panas tahap melampau,
so elokla kalau korang mandi,bagi sejukkan badan sikit,
lagi bagus kalau yang ada kolah,berendam je dalam tu.
sebab sakit kepala,korang rendam je kepala..lg afdal kalau rendam kepala sampai 2,3 jam
confirm2 sakit kepala terus hilang,dan nyawa2 korang sekali pun akan hilang..
bagi student yang menginap di asrama termasuk aku,
bilik mandi biasanya pakai pancuran air,
utk hilangkan pening kepala,halakan air mandi terus ke kepala..
kasi lama2 sikit smpai korang lega(lg best lpas korang sapu minyak angin,perghh..rse cam kat kutub utara je..
lagi baik kalau sampai 3,4 jam..*tu pn korang kena tahan student lain mengamuk kat luar bilik mandi je la..
Tip 3
Untuk tip ni,sekurang2nye korang kena pandai mengimbangi badan,
caranya,korang perlu menterbalikkan diri korang..
kepala kat bawah kaki ke atas..
bagi darah turun ke otak cket..baru pandai ckit..pengaliran darah pun lancar..
tip tambahan,lg elok kalau korang buat kat atas bumbung rumah atau asrama..
Tip 4
Yang ni paling aku suka,
nak tau kenapa aku suka,sebab aku rase mmg aku suka..
tak ada sebab lain..krooh..krooh
tiip yang ke-4 ni senang sangat nak buat iaitu meletakkan ais di kepala,
jangan biar lama2 kat kepala,nanti beku plak kepala korang.
Korang perlu menggerakkan ais tersebut di sekitar kepala korang.
mse tengah buat tu,bolehla gigit ais sambil2 tu..
xjd jugak,jgn risau..korang pergi ke kedai runcit yang ada peti ais pastu masukkan kepala korang dalam peti tu..buat sampai tuan kedai karate korang sebab buat kacau kat kedai dia..
Tip 5
cara nak hilangkan sakit kepala dengan paling cepat,
korang tengok gambar kat bawah ni dengan tekun,
sakit kepala pn hilang,korang pun naik bengang..hahaahhaha
Tu je la tip yang boleh aku kongsikan setakat ni,ada cadangan lain?tuliskan cadangan anda di ruangan komen k,pastikan cadangan anda tidak memudaratkan dan meragut nyawa ea..
P/S:Tip2 di atas sekadar rekaan untuk hiburan..sebarang kecederaan semasa melakukan perbuatan di atas dibawah TANGGUNGUJAWAB SENDIRI..gud luck..(^_^)V
avadvanie
8:05 pm
nasib baik ko x mati,,buat cenggitu td,,sruh telan ubat gegat xnk,,sombong lettuw
ReplyDeleteak yg bg cadangan so ak xperlu buat k,ko tu yg patut jd bahan eksperimen ak..ahaha
ReplyDelete