ye2..mmg hri ni nk jiwang jiwong ckit tp..
tu bmkna ak dilamun atau sakit cinta ke ape..saje2 je,
Ok,al-kisahnya..*mood rajin nak menaip ape yg ada kat kepala..
jgn termuntah atau'termeluat',
mmg sgje pn nk buat mcmtu,haha
bkn slalu nk melahirkan idea dri kpala otak sndri ni..hehe
ikhlas pn bkn slalu 'terlahir'dlm hati
ikhlas pn bkn slalu 'terlahir'dlm hati
Diam lahir sayang
Dalam kedinginan malam sayu pagi
melakar sejarah mimpi yang tak berkesudahan
meronai garis-garis hidup yang penuh likuan
menusuk fikiran yang masih mentah..
melayani jalan cerita yang serba kekurangan
hati tekad bagai karang
mendasari lautan biru yang tak bertepian
tempat dia mendatang ke dalam sejarah hidup
satu per satu kisah terlakar
mencuit emosi yang leka bergelak bahagia
Saat kisah tercatat
mengukir senyuman manis tatkala kesunyian
dia muncul bagai membawa pelita
yang menyinar peransang gembira tawa
Bagai arus sungai yang jernih kita berhubung
bermain tarik tali tanpa putus
fikiran terus melayang bagai dedaun kering
menduga dan mengharap sesuatu yang tersirat
Engkau telah hadir dalam novel hidupku
menjadi watak utama yang tidak ku jangka
memainkan peranan dengan halus
meninggalkan kesan jiwa dan raga
Setiap saat engkau hadir dalam fikiran
datang tanpa diundang
membuat aku tersenyum mekar mawar
mewangi dan terus mewangi
ku lihat dari jauh
intaian penuh makna
tiap masa namanya kusebut dalam minda
keseluruhannya tentangnya menjadi diariku
menjadi koleksi kala aku kesunyian
Perbezaan bagai benteng yang terbina di pinggir pantai
aku di darat dan engkau dilaut
mampu melihat dari jauh
mengharap keajaiban dari Ilahi
Doa dari hati yang tulus
yang mampu kuberikan
agar dikau sentiasa dalam rahmat-Nya
moga Allah melindungimu setiap saat dan ketika
Akan kusimpan cinta yang lahir dari hati kecil ini
timbulnya menyeksa jiwa
tak diduga dan tak diudang
berlegar-legar mengharap balasan
menunggu masa untuk ku lepaskan ia pergi
menanti cinta yang sejati
mungkin ada hikmahnya ku pasti
Terima kasih kerana pernah hadir dalam sejarah hidupku
terima kasih kerana pernah membuatku tersenyum bahagia
terima kasih dengan kebahagian dan ketenangan yang singkat ini
terima kasih kerana pernah mengenaliku
dan terima kasih untuk segala-galanya
ku redha dan pasrah
mengharungi liku-liku hidup bersama kenangan yang kauhadiahkan
berpaling bukan kerana tadah
pergi kerana pasrah
avadvanie
3.28 pm
No comments:
Post a Comment