Wednesday, 16 September 2015

Apa erti rindu

Rindu.
Cukup untuk mengungkap erti perasaan mengenangkan sesuatu atau mungkin peristiwa.
Kenapa perlu ada rindu?
Manusia dikurniakan pengalaman. Manusia mengalami sesuatu keadaan, kini,sebelum,lampau atau mungkin mendatang.
Setiap yang berlaku,ada yang akan dikenang mungkin juga akan dilupa. Bergantung.
Setiap orang mempunyai kawan,teman,sahabat dan sebagainya.
Sama ada di bangku sekolah,tadika atau mungkin zaman membesar bersama.
Jika kenangan tercipta bersama indah,pasti akan terkenang walau di mana kita berada dan pasti ingin berkumpul. Tujuannya, kisah masing-masing dikongsi.
Aku. Yang pasti,aku tidak mempunyai ramai sahabat yang membuat aku rindu. Mungkin beberapa orang. Seingat aku.
Kenapa?
Bukan aku tidak pandai bergaul.
Bukan aku sombong.
Tapi aku dihalang oleh sifat pendiam.
Dihalang sifat takut.
Takut dengan keadaan aku pada ketika itu.
Jika aku cuba bersahabat ketika zaman kecilku sebagaimana gadis2 kecil yang lain, aku akan dimarahi ayahku.
Memang terkongkong. Tapi lumrah kehidupan masing-masing. Pasti ada asam dan garam.
Di usia sekarang,
Apa yang paling aku rindui,
Ialah zaman kecilku,
Waktu aku hanya tahu untuk senyum selepas menangis.
Aku rindukan semua.
Kenangan,gelak tawa dan kegembiraan itu.
Waktu itu tetap dirindui walaupun diselang seli saat pahit.
Moga terus menjadi ingatan sungguhpun aku akan menempuh kehidupan yang belum pasti manisnya,belum tentu bahagianya.

16 September 2015